#Qisz @ MM
Aku menulis bukan kerana sempurna , aku menulis kerana menulis itu adalah jiwaku. Tidak punyai kuasa untuk berkata. Hanya semut kecil hitam di persisiran pantai.
Saturday, 24 March 2018
Tuesday, 7 March 2017
Selamat Hari Wanita
SELAMAT HARI WANITA sygg2 semua (tiru dsv)
Well .. .permulaan hari yg menyedihkan. Masa breakfast tanpa ku duga tanpa ku pinta . . daku tergigit bunga cengkih. 😂
Harapan iolss:
Harapnya dapat menjadi wanita yg~
1. Serba boleh (kalau barang kita panggil multipurpose 😈, kalau manusia?
2. Solehah sikit(😂)
3. Ayu2 gitu
4. Pandai masak semua jenis lauk (means makanan tradisi setiap bangsa, jikalau jodoh bangsa lain, senang laa nak masak ikut tekak suami . Ecececeh. Gatal!
5. Kurangkan nada percakapan (aku jenis becakap mcm org kat sebelah tu pekak 😝)
6. Beranikan diri bawa kereta di bukit ➕ pandai parking sisi. (Jangan tanya mcm mana aku bawa kereta selama ne, asal jalan sudah😊)
7.Banyak duit (Well, semua org ada impian ne right. Dont ask me y)
8. Muka makin flawless (Penat dah try produk2 skincare. Dari kedai tepi jalan sampai SASA. Tak juga peloles mcm artis. Nak p rawatan laser2 tu juga... tapi takdak doittttttt . Kahhkahahhh .Sedih!
9. Nak kahwin. Ehh . Aku taip KAHWIN ehh? Tak laa . Tu tertaip . Itu angan2 utk 5 tahun dr skrg. Tp kalau ada org masuk minang apa salahnya .. .😂😂😂 . Again. Gedik!
10. I just wanna my ibu n ayah hepy ada anak mcm aku. Tak la baik sgt, cukup la sekadar kalau balik kg tidur 24 jam makan minum nonton tgok movie dekat laptop. Ok la tu dari p melilau tak tentu hala. Betul tak? *Kelip2 mata
Tu je laa buat kali ne. Aku buat entry ne dari fon. Ala yg pakai app blogger tuu. Jenuh nak menaip panjang2. Mcm buat karangan pun ada . 😂
Salam syg,
Rieyna(Nama glamour, apa ingat artis je ada nama glamour?😎)
Monday, 28 September 2015
Panorama Gunung Kinabalu
Ok , mak nak membebel jap ehh . Raya ne adalah raya yang sangat la kelam kabut . Raya kedua kitaorang buat kenduri akikah . Mau tak lintang pukang majlis tu . Hahhahaa , dah la anak dara dua orang tu tak pulang . Cian I tau ! kih kih .
Apa kenangan raya korang tahun ne ?? Cer cita sikit . Mak nak dengar .
ok , daaaa
![]() | |
| Gambar ne diambil masa otw nak balik KK-LD . Ada gaya2 artis tak ? Pirahhhh |
Tuesday, 19 May 2015
Resepi Kuih Cara Pandan
![]() |
| Sumber fb: Kerja Dari Rumah |
KUIH CARA PANDAN
Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawn air daun pandan
1 cawan santan
2 biji telur
Garam
Minyak secukupnya- untuk disapu pada acuan
Gula -secukupnya
Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung gandum, air daun pandan, santan, garam dan telur dalam blender.
2. Mesin sehingga sebati.
3. Tapiskan. (seeloknya rehatkan sekejap).
4. Panaskan acuan dan sapukan dengan minyak.
5. Masukkan adunan kedalam acuan dan letakkan gula.
6. Tutup acuan dan biarkan sehingga masak.
sumber : fb kerja dari rumah
Tuesday, 5 May 2015
Popia Basah vs Popia Kering
#PopiaBasah vs #PopiaKering
Ketahuilah , walaupun pada zahirnya popia tak berapa nak basah aku tak cantik . Rasanya sungguh lazat (ye ke?? *krik3) . ..
Resepinya dekat sini Julia Homemade . Senang jer kan? Tengok resepi then Try And Error .
![]() | |
| Slurppp .. hahaa |
Kakak ipar aku kata inti ok , kulit jer kena improve sikit . Ok la teww , first time katakan . Alhamdulillah , habis jgak akhirnya .
Popia kering tu aku buat sebab ada lebihan inti . Aku buat laa tak mo membazir jadi
Thursday, 16 April 2015
Bismillah .. Tulisan Seseorang itu menggambarkan dirinya by Mariena_Mapppiare
Allah ciptatakan manusia ne berbagai-bagai. Pelbagai bentuk pelbagai rupa . Paling indah , berbagai karekter . Begitu besar kuasaNya, tidakdapat diduga oleh kita insan yang kerdil .
Baiklah , berbalik kepada tajuk kita yakni melalui tulisan dapat kita kita nilai seseorang itu . Anda punya fb ? Sudah tentu , jarang saya mendengar orang yang tiada fb . Mengapa tidak , lihat saja budak-budak kecil masa ini . Begitu rancak menggunakan laman sosial . Bukan setakat fb , wechat . instagram , twitter dan banyak lagi . Jenuh la pulak nak senaraikan satu - satu ( terasa sebenarnya , diri sendiri punyai banyak laman sosial ) .
Ada segelintir rakan yang menggunakan laman sosial sebagai tempat meluahkan perasaan . Ada pulak yang jadikan status di muka buka sebagai medan berperang kata-kata malah ada juga yang menjadikannya sebagai tempat berdoa . Rasa nak tergelak pun ada . Apa yang penting , perlu diingat kawan-kawan kita ne tak semua memahami . Jangan nanti ada yang mengutuk awak dok berdoa dalam fb , awak melalak .! Itu namanya awak yang cari bala cek kiah oii . Haa , kan keluar bahasa pasar aku. OK, balik-baik.. tukar bahasa formal .
Ada yang yang buat laman sosial ne macam DIARI . Ya Allah , setiap masa dan ketika nak update . Makan update, minum update , minum update , hailaa . Kalau la sembahyang update kan bagus . At least ,bantu remindkan orang lain menunaikan kewajipan trang tang-tang yang satu itu . Kalau la tetiba orang yang terbaca status itu dia terasa , dia pergi menunaikan kewajipan sebagai hamba .. bukan ka anda mendapat pahala disitu ? Senang kan nak dapat pahala ..
Apa yang penting , jadikan penulisan kita satu inspirasi . Bagi aku ,penulis yang paling aku respect adalah REHAN MAKHTAR .Kenapa ? Tulisannya bukan sahaja mengajar kita cinta terhadap sesama manusia malah cinta terhadap tuhan. Allah yang satu . Jika diberi peluang , ingin saya bertemu dengannya dan doakan saya mampu berdakwah sepertinya dalam tulisan .
Pastinya , setiap karya kita nanti akan dihitung . Tulislah sesuatu yang bermanfaat buat diri sendiri dan orang lain .Insya-Allah , pasti ada impak positifnya . Yakinlah ,
P/S: sambil layan YE KE (TV3) ..
Sunday, 12 April 2015
Aku Tidak Secantik Yuhanis Buat Tengku Zaril ..
![]() |
| Macho tak dia??hehe |
#solatdhuha
#salamdhuha
#toneexcel
#tonegroup
Meh aku bagi resepi sbb masakan ne sesuai utk golongan anak dara pemalas mcm aku 😂 1) Rebus spagetti tu. Takkan nak mkn keras mcm tu k...




