Monday, 28 September 2015

Panorama Gunung Kinabalu

Selamat Hari Raya Aidil Adha uolss . Lama aku tak update blog . Dah besawang dah , mehh sini mak nak sapu sawang sikit.. haha

Ok , mak nak membebel jap ehh . Raya ne adalah raya yang sangat la kelam kabut . Raya kedua kitaorang buat kenduri akikah . Mau tak lintang pukang majlis tu . Hahhahaa , dah la anak dara dua orang tu tak pulang . Cian I tau ! kih kih . gedik . Kalau ada ija dengan nor , boleh la aku buli mereka dengan penuh sopan . Ne tidak ,. sorang2 .

Apa kenangan raya korang tahun ne ?? Cer cita sikit . Mak nak dengar .

ok , daaaa

Gambar ne diambil masa otw nak balik KK-LD . Ada gaya2 artis tak ? Pirahhhh

Tuesday, 19 May 2015

Resepi Kuih Cara Pandan

 
Sumber fb: Kerja Dari Rumah

KUIH CARA PANDAN
 
Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawn air daun pandan
1 cawan santan
2 biji telur
Garam

Minyak secukupnya- untuk disapu pada acuan
Gula -secukupnya

Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung gandum, air daun pandan, santan, garam dan telur dalam blender.
2. Mesin sehingga sebati.
3. Tapiskan. (seeloknya rehatkan sekejap).
4. Panaskan acuan dan sapukan dengan minyak.
5. Masukkan adunan kedalam acuan dan letakkan gula.
6. Tutup acuan dan biarkan sehingga masak.


sumber : fb kerja dari rumah

Tuesday, 5 May 2015

Popia Basah vs Popia Kering

#MarienaMappiare #QisKitchen #TryAndError

#PopiaBasah vs #PopiaKering

Ketahuilah , walaupun pada zahirnya popia tak berapa nak basah aku tak cantik . Rasanya sungguh lazat (ye ke?? *krik3) . ..


Resepinya dekat sini Julia Homemade . Senang jer kan? Tengok resepi then Try And Error . 

Slurppp .. hahaa

Kakak ipar aku kata inti ok , kulit jer kena improve sikit . Ok la teww , first time katakan .  Alhamdulillah , habis jgak akhirnya . 

Popia kering tu aku buat sebab ada lebihan inti . Aku buat laa tak mo membazir jadi kawan syaitan .Hehehe . 
 

Thursday, 16 April 2015

Bismillah .. Tulisan Seseorang itu menggambarkan dirinya by Mariena_Mapppiare

   Assalamualaikum wbt , hari ne rasa nak update mengenai sesuatu yang agak berisi dan bermanfaat . Bahasa yang lebih tepat , sedikit formal . Bagi anda yang mengikuti blog saya (ada ke yang follow?? *krik2) sebelum ini, bahasa yang saya gunakan adalah lebih santai dan banyak menggunakan bahasa pasar . Kali ne terdetik dihati setelah membaca satu blog rakan di fb (awak baca ehh sekarang ne ..??). Dia juga merupakan seorang motivator , maka tidak hairanlah tulisannya begitu indah dan memberikan inspirasi kepada pembaca.

   Allah ciptatakan manusia ne berbagai-bagai. Pelbagai bentuk pelbagai rupa . Paling indah , berbagai karekter . Begitu besar kuasaNya, tidakdapat diduga oleh kita insan yang kerdil .

  Baiklah , berbalik kepada tajuk kita yakni melalui tulisan dapat kita kita nilai seseorang itu . Anda punya fb ? Sudah tentu , jarang saya mendengar orang yang tiada fb . Mengapa tidak , lihat saja budak-budak kecil masa ini . Begitu rancak menggunakan laman sosial . Bukan setakat fb , wechat . instagram , twitter dan banyak lagi . Jenuh la pulak nak senaraikan satu - satu ( terasa sebenarnya , diri sendiri punyai banyak laman sosial )  .

  Ada segelintir rakan yang menggunakan laman sosial sebagai tempat meluahkan perasaan . Ada pulak yang jadikan status di muka buka sebagai medan berperang kata-kata malah ada juga yang menjadikannya sebagai tempat berdoa . Rasa nak tergelak pun ada . Apa yang penting , perlu diingat kawan-kawan kita ne tak semua memahami . Jangan nanti ada yang mengutuk awak dok berdoa dalam fb , awak melalak .! Itu namanya awak yang cari bala cek kiah oii . Haa , kan keluar bahasa pasar aku. OK, balik-baik.. tukar bahasa formal .

   Ada yang yang buat laman sosial ne macam DIARI . Ya Allah , setiap masa dan ketika nak update . Makan update, minum update , minum update , hailaa . Kalau la sembahyang update kan bagus . At least ,bantu remindkan orang lain menunaikan kewajipan trang tang-tang yang satu itu . Kalau la tetiba orang yang terbaca status itu  dia terasa , dia pergi menunaikan kewajipan sebagai hamba .. bukan ka anda mendapat pahala disitu ? Senang kan nak dapat pahala ..

   Apa yang penting , jadikan penulisan kita satu inspirasi . Bagi aku ,penulis yang paling aku respect adalah REHAN MAKHTAR .Kenapa ? Tulisannya bukan sahaja mengajar kita cinta terhadap sesama manusia malah cinta terhadap tuhan. Allah yang satu . Jika diberi peluang , ingin saya bertemu dengannya dan doakan saya mampu berdakwah sepertinya dalam tulisan .

   Pastinya , setiap karya kita nanti akan dihitung . Tulislah sesuatu yang bermanfaat buat diri sendiri dan orang lain .Insya-Allah , pasti ada impak positifnya . Yakinlah ,

P/S: sambil layan YE KE (TV3) .. 

Sunday, 12 April 2015

Aku Tidak Secantik Yuhanis Buat Tengku Zaril ..

Hailaaa .. sedar diri tak secantik Yuhanis untuk Tengku Zaril . Dapat PA dia pun jgak .. cool jer dia manage kerja , . Nanti kalau kita jumpa , i bagitau pasal Tone Excel yer , kita buat 'CUCUK SATE' .. kalau ada jodoh .. ahaaa .Ehh , tetiba . status gediik minta penampar sebijik .. ok bye !

Macho tak dia??hehe



#solatdhuha
#salamdhuha
#toneexcel
#tonegroup

Rieyna`s Konvo

Alhamdulillah  .. 11.04.2015 tarikh yang `agak` bermakna. Konvo dahh , tapi bukan Degree la babe . ahahaa.. . nak naik pening aku laa menunggu vip . Habis cair mak up mak !

Putih tak aku kat sini??
Yang buat aku bengang , peraturan kena pakai TUDUNG PUTIH . Bikin panas betul laa, aku ne dahh la tak berapa nak pandai sangat pakai tudung putih . Aku dok pikir nak pakai fesyen apa . Laz2, fesyen tu jer aku aku rembat . Boleh la...

Nasib baik aku nampak putih masa konvo tu . Dahh la ENCIK JERAWAT tu tak berapa nak malu datang masa penting. Setepek dekat pipi . Benci tau .. . nasib aku tak picit2 .

Over tak mak kau ??















Orang lain masa nak balik sibuk nak bergambar , aku sibuk nak cari tandas . Masa abg aku bawa makan dengan kakak ipar yang baru balik dari out-station,  aku sempat jgak la MUNTAH . Miigrain ne pun suka datang masa aku nak happy2 . Takpela . siapa suruh makan lambat . Tu namanya mengundang masalah sendiri.

Dahh ler, rasanya tu jer kowt . Hehheee , Assalamualaikum semua ...

Thursday, 9 April 2015

** No Excuse bhaii! **

Lalalalalaalla...

Assalamualaikum dan 'selamat pagi' my family in Tone Excel . Bagaimana penajaan pada hari ini? Sungguh bertuah pemilik id 800000 itu , cemburu saya . .setiap kali nombor tu hendak menginjak ke nombor yang lain .Berdebar2 saya menunggunya. .

Mesti anda tertanya , kenapa tajuk entry saya kali ini mengenai 'Excuse' .Baiklah , lihat pada gambar ini sahaja , siapa yang tidak mengenai Puan Duisy atau lebih dikenali sebagai Iron Lady Sabah .Pertama kali saya bertemu beliau , ketika pembukaan Branch Penampang iaitu Tuan Hamka Marsaling. Masih segar diingatan saya , ketika itu suasana memang sangat meriah dengan kehadiran ahli Tone Excel . Diatas office ,Kah Jahlilawati sedang rancak memberi kata-kata , sehingga kami dibawah pun terasa aura Kak Jah.

Pertama kali terpandang wajah Kak Duisy , perkara yang saya aim adalah kotnya yang tertera Iron Lady serta Tab Samsungnya yang besar(hehee) . Ahad yang lalu , di Centre Tone Excel Inanam ketika beliau memberikan testimoni,sempat saya membuat sedikit coretan untuk saya tulis didalam Diari Tone Excel saya sebagai Suppliment Hati saya dalam bisnes ini .

Beliau telah melibatkan diri dalam Tone Excel selama 2 Tahun setengah . Beliau juga merupakan seorang ibu kepada dua orang anak . Seorang 20 Tahun & seorang lagi 18 Tahun . Disamping itu , beliau juga seorang petani . .. Sangat subur tanamannya .. .(sila godek fb Puan Duisi ,banyak gambar kat sana , ehehe).Bukan juga berasal daripda keluarga yang senang , ..

Beliau tidak segan berkongsi biodata beliau dimana beliau tidak mempunyai pendidikan yang tinggi . Beliau berkata ,tahap pendidikan bukan segalanya. Yang penting adalah niat dan semangat . Internet? Mana la dia tahu cara penggunaan pada awalnya . .tetapi beliau BELAJAR .Itulah yang penting .. Tidak tahu, belajar , cari cara . Jangan menunggu disuap sahaja . Anda tidak akan maju ...

Pada awalnya , beliau juga seperti orang lain .Bila pakcik beliau memperkenalkan Tone Excel kepada dia ....Hemmmm .. . masuk telinga kanan,keluar telinga kiri . .Tone Excel?? Terima Kasih jelah . ( Saya pun macam tu dulu, hhihi) . .Mengapa?? Ketika itu beliau melakukan satu bisnes X dan beliau selesa dengan bisnes itu .

Tersebutlah Kisah ....haaa , adalah satu saat tu .
.. Bisnes X tu berada pada tahap tepu .. Beliau pun buntu. .tersentak (Part ne best) . Ada satu flyers tone excel fotostat hitam putih (orang lama mesti tau) .. . .Flyers tu dah koyak dah dekat lantai . Dia pun ambil dan baca . 'Wahh , kalau saya kasi kenal satu orang , Rm20 terus masuk akaun .Kalau saya taja 5 Orang? Rm100?? Wau ! Lagipun semua orang pakai simkad. Semua orang top up baa!' Kata beliau .
Lucu kalau anda berada ketika itu , cara beliau bercakap tegas , tapi comel .Hehee

Dari bulan 2 ke bulan 7 Pak Cik beliau memperkenalkan Tone Excel ne, akhirnya . Pada bulan 7 beliau menjadi Ahli Keluarga Tone Excel .Tetapi , beliau masih melakukan bisnes X .So, beliau membuat kedua2 bisnes pada satu masa .

°°°°Setahun kemudian°°° (macam drama pulak)
Beliau mengambil keputusan drastik dengan melepaskan bisnes X beliau dan fokus hanya kepada Tone Excel .Beliau bertahan dengan bisnes ini dengan rate ketika itu 32 sen .Bagi preview di bawah kolong .. Kebun pokok getah .
Semua dia terjah .. Do you see that guys? Yes . that is what we call as a 'SEMANGAT'. Never say never .!

Beliau melakukan satu tahun tanpa henti . SABAR . Beliau sentiasa berSABAR . Tidak peduli segala rintangan . . beliau lalui penuh kecekalan.

Kata beliau lagi , bisnes ne ada dua yang penting.Ajar ahli baru :
1. Cara pendaftaran
2 .Internet

Itu sahaja, . .lepas tu guide mereka .Jangan terlalu 'MANJAKAN' , nanti susah .

Jadi, apa lagi alasan kita?
Fikir-fikirkan .

P/s: Kak duisy jangan marah ehh saya tulis ne .hehheehee

Terima kasih,
Mariena Mappiare


Let me introduce you .. Madam Duisy !!

** “When they say no, we say next”**


Hallo hallo ....

Saya senaraikan mereka yang tak sesuai untuk jadi pengguna Tone Excel, antaranya
1. Mereka yang tak minat nak buat bisnes dan tak minat nak tambah pendapatan
2. Mereka yang tinggal di kawasan yang tak ada liputan(boleh jer kalau nak ,BERUSAHA)
3. Mereka yang tak mampu nak keluarkan modal RM90 dan mereka tak berusaha pun untuk kumpul duit
4. Orang yang nak cepat kaya
5. Orang yang dah selesa dan dah puas hati dengan cara hidup mereka
6. Orang yang memang tak nak guna sim kad Tone Excel ..

From : blog Sabree Hussin
(Aku suka godek blog dia ne , duluuuuu . .)

Okay ,itu sahaja .
Bak kata Cik perasan :

~Kurangkan Rungutan,tingkatkan Pendapatan.~ daaa ! (Jangan tiru ayat sastera aku ne !!)

P/s ; abaikan muka aku yang kena edit . ..nak upload gambar tak edit , .. Nnt tak selera orang nak baca .. .. Hahahaahahahahaha. .. *gelak malu2

#toneexcel
#prepaidthatpays
#tonegroup
#financial
#freedom

 
Aku memang suka upload gambar buruk ,so what??
 

Injut Boboi !

Yala , dulu aku ajak kau join Tone Excel , kaw kata tak grand gitu , nak cari orang.. Lambat nak kaya . . Rate mahal . .WELL, .Aku tak suruh kaw jadi POLIS cari orang . Aku tak kata Tone Excel ne CEPAT KAYA., aku juga tak pernah cakap rate dia MURAH . So? ? Bila aku tunjuk sistem duplikasi , kau kata aku tipu boleh untung BANYAK !
Grrrr*krik2 . ..

Kata gaji kau lagi mahal . , tapi nak keluar modal Rm90 pun takut ?? Thats funny la kak kiah oii . .Sembilan puluh hinggit takde dekat PURSES TAK BERAPA NAK ORI GRED AA jenama tutt awak tu .??? (Aku jual purses, aku tau la) . Hemm , no komen . SEDIHH KITA TAU !! Injutt boboii . . 


Fahamkan gambar ini ...
 







Saturday, 28 March 2015

Happy GST uolss ! 28.03.2015

Tajukk kau , kemain lagi . Over nak sungguuh ! Orang dok maki GST ,, aku g buat entry benda yang menyakitkan hati.. 
   Rilex ahh , bukan pasal GST cukai laa ..  mehh cheq nak habaq sikit ..

 GST = GUNAKAN SIMKAD TONE EXCEL

Amacam , clear dok ? Sesi merehatkan diri setelah membeli barang dapur . Tadi aku g shopping barang dapur dkat servay likas . Tengok parking jer ... aku dahh agak dahh . Mesti sesak dekat dalam ne. Rilex.. tahan. Masuk laa... jalan dengan penuh redho .

  Aku dahh agak dah ,penuh gila ! Inilah penangan GST .Sedehh wa cakap lu ! Macam mana la nanti lepas GST tu yaa ? Tak dapat dibayangkan. Sangatt. Yang bikin panas , bawang-bawang semua macam minta dibuang ke tong sampah . (Jangan ikut perangai negatif aku ne) . Semuanya macam hampagas dimata aku . Tolong la pihak management . Kalau ye pun takut rugi , tak yala buat macam tu . Tak baek tau ! 

                 


   Tapi yang buat aku gelak, dalam aku kalut tolong kakak ipar aku cari barang (Tipu , aku sibuk layan custommer dkat telefon) . Anak buah aku susus satu-satu barang dkat troli ..rajin la pulakk . Rajin ada makna tuu .. macam aku tak tau . Nanti dekat kaunter , ada la benda dia nak capai tu . Macam macik tak kenal kau syana oii !




   Ok ... dah siap2 dah ne nak bayar .. tunggu la dkat kaunter dengan penuh khusyuk bin tawadhuk . Tengok troli pacik tu barang tak la banyak sangat .. jadi queue(betul ke ejaan aku ne) la dkat belakang dia . Orang kat belakang aku g kaunter sebelah ... aku kata dalam hati , "Tak payah nak tamak rina , nanti pegi sebelah lama , tempat kau ada orang ambil" . Aku dengan kakak ipar aku tunggu laa .. nak tau tak apa yang bikin panas??/ Rupa-rupanya ada kotak dalam troli dia . Isinya Softlan yang paket kecik . Bila dia start keluarkan benda alah tu satu-satu ... TEKEZUT MAK KAU ! aku expect dalam 20 lebih paket . Satu-satu budak cashier tu scan . Eee , budak tu pun satu . Lambat bin kura-kura buat kerja . Nak sedapkan hati ,.. budak baru kowt (Baru la sangat , asal g servay je tengok muka dia ). Aku agak ,orang kat kaunter depan tu dah 5 kali bertukar orang . Dahh dekat rumah dahh , kami masih lagi dok tunggu pacik comel tu . 

   Akhirnya ,.. berjaya juga menghabiskan misi membeli barang dapur di dalam kesesakan orang ramai yang beli barang simpan stok selama 12 bulan .. hahahahaa  .

   Sebagai reward , .. kami pergi makan2 steamboat dekat Tanjung Lipat , Kota Kinabalu . ( pembaca setia blog ne kalau datang sabah roger2 ye ) . Dahh la lapar , nak tunggu semua makanan laut tu masak lama.. eeee . Penantian yang menyeksakan . Sini , aku nak buat persamaan kimia ...



   *Ikutkan hati , nak je aku tuang semua sekali benda tu
                       

 Lapar  + panas + sedap + pedas = Tak puas

   Nak habis dahh kami makan , tetiba ada abang hensem 2 orang duduk meja sebelah . Ya Allah ,,.. aku paling tak suka la ada orang mengancam duduk dekat aku (perasan) masa aku makan . Tak tenang + malu (again , perasan) .. Padahal lelaki tu tak pandang pun aku . 

  Apa yang pasti , aku selfie dengan lilin murah dekat meja makan tu . (Jangan gelakkan aku plis) . Nampak sangat orang kampung aku kat situ . Well , kita menggunakan kemudahan yang ada . Kalau kaya , boleh selfie dkat studio . Hahahaa .. 

*muka tak boleh bla langsung

                                      


ok la .. esok ada preview Tone Excel dekat inanam , nak tydo awal !
assalamualaikum .. ~perasan selulu~

Nak kenal cik perasan ne ? Add la dekat fb kalau nak berjangkit perasan tuu  -->> FB Cik Perasan

#steamboat
#toneexcel
#perasanselalu







 

Friday, 27 March 2015

Bercinta-Cintun ke kite??/

!Hai ,
Assalamualaikum makhluk sekalian alam. Ye ye jer tajuk aku ne . Asal plak cintan-cintun ?? Ne bukan pasal cinta terhadap manusia okay! haa ,... ne pasal cinta terhadap kerjaya sendiri .

     Jomm, rasa macam nak menulis panjang2 plak malam ne .Mood sangat2 la ok ! Hahahahaa .
Ok, lets start bebey!
    Aku ne , kalau nak cakap pasal kerja . Tak kerkira kaw jahhh ,,, mehh aku listkan satu-satu..

1. Usahawan Tone Excel
Kadang2,ada jugak orang tanya aku . "Kerja apa tu ??MLM ehh??" Eeee .,,tak selera laa aku nak buat MLM ne ... Muka aku ne muka2 MLM ka mcik oii.
     ~Tone Excel ne adalah sebuah program rujukan. Produknya adalah Simkad Tone Excel . Produk yang sangat bagus , sebab apa?? Semua orang pakai simkad bhaii! Nampak tak market dia kat situ? Sangat besar.
    ~Simkad ne ada banyak kelebihan . Tapi malas nak tulis panjang2..,.dahh la keyboard pn hidup segan mati tak mau . Aku bagi gambar jela .. hahaha *gelak jahat

                                          *pasal pendapatan , entry lain kali ehhh

*Teka aku yang mana satu??? hihihihihihh
                                           

2.Owner Qisrieynas Wordrobe 

Aku ne, apa je aku tak jual . Kaw nak apa.. kasut ,baju lelaki , baju perempuan , minyak wangi ori , beg tangan berjenama ... cosmestic , ..suppiment ..Semua aku jual ... Hhahaha . Lepas tu , bila ada customer upload gambar yang dia beli dari aku ..Yeayyyy ...gembira tak terkata .
   Dalam hati, "Dia pakai baju yang dia beli dari aku laa!!" Hahahhaaa . Gila tak gila aku ne ,..(Kalau ada customer aku baca ne , confirm tak nak beli dahh dgn aku .Hehhhee.
   Apa-apa pun , bisnes online ne bukanlah sesuatu yang mudah . Kadang-kadang disebabkan oleh abang posmen yang tak berapa nak hensem ...kita yang kena maki free2. eee , geram mak tau! Tapi takpe , demi mu rezeki yang halal.. Aku redhoo ..... (Ini serius)

 Nak beli apa-apa barang yang owesome.. beli dengan aku ye . Dijamin cantik + murah kaw2! Wajib pk .. hahahaa . Tekan je link ne kalau nak usha2 ok -->>>  Qisrieynas Wordrobe



3. Catering
 Aku ne kekedang , buat la jugak part time catering kalau rajin (masalahnya malas je memanjang) .Ye laaa... kita ne sedar diri .Kalau tak kaya , kena laa kerja keras .Buat itu ini ... takkan nak tadah jer duit dari langit ?? Sampai ke sudah ko jadi pak tunggu a.k.a orang gila bertauliah


4.Staff ASM Management ( Ini pekerjaan utama)

Orang tu kalau pekerjaan utama,lertak dekat atas .Aku ne plak terbalik . Nak buat macam mana ?? Dahh otak cik penulis ne pun selalu terbalik..erkkk ..hahahaha .

    Apa la aku buat dekat ASM Management tu ? Entahh ..aku pun tak tau ! Ok-ok .. meh kita cerita sikit ehh . Aku mengendalikan Sekolah Latihan Pengendalian Makanan YANG DIIKTIRAF OLEH kEMENTERIAN kESIHATAN MALAYSIA (KKM). Haa..apa tu?? (Macam nak promote lah pulak) . Kami menyediakan kursus khas bagi pengendali makanan .
    *Peraturan-peraturan Makanan Kebersihan Makanan 2009 mewajibkan semua pengendali makanan menghadiri latihan di SLPM yang diiktiraf oleh KKM sahaja.
   Ehh, bukan aku yang bagi ceramah kursus tau . Aku ne assistantt manager je ..,. tolong kutip sampah ...(Gedik la ko mariena)
 Nak ikut kursus Latihan Pengendali Makanan ? Tempah disini -->> SLPM ASM MANAGEMENT


Rasanya dahh cukup la tu aku menaip . Penat dahh .... (nampak sangat pemalasnya) ..
Salam kasih sayang rakyat jelata sekalian alam ..

Assalamualaikum w.b.t . Love u guys..
Sila jejak cik perasan ne dkat fb yee  -->>   Facebook cik perasan ..

*nota kaki
~Sila tinggalkan jejak anda dibawah yehh ~


Wednesday, 25 March 2015

Come, Visit My Fb ! Lihat Kehidupan Cik Rieyna ne macam manana sebenarnya.\ hehehe , Saya suka post pasal bisnes .Kalau anda minat bisnes , Saya mempunyai penyelesaiannya! https://www.facebook.com/rieyna.mariena
Apa yang Anda Faham Mengenai Gambar Ini ???

Saturday, 14 February 2015

Cari Duit Guna Simkad Tone Excel


Simkad kami bagi ini :
-Perlindungan Insurans RM100K
-Free tiket kapal terbang

Saya sedang mencari student di ipta/ipts yang ingin membuat part time
Janji ada modal RM90..
U ada niat nak bantu parents..
Saya amat mengalu-alukan pendaftaran anda.

Untuk keterangan lanjut ..
Hubungi Mariena Mappiare di
Whatsapp / telegram / wechat
010-790 8061
Fb :  https://www.facebook.com/rieyna.mariena

Sunday, 8 February 2015

 
Jangan baca post ini jika anda seorang yang malas mencari duit !!!

Mengapa harus memilih bisnes Tone Excel ini ???

Saya hanya ada satu jawapan !!
Semua bisnes didunia ini wajib ada handphone waima bisnes jual kerepek pisang sekalipun.Jadi, sesiapa sahaja menggunakan HP, semua itu adalah prospek !!

MENGAPA MEN`KAYA`KAN ORANG LAIN ??
Prospek utama adalah keluarga anda ! Lihat ibu, ayah , adik-beradik anda. Sayang bukan melihat mereka top up tetapi syarikat telco yang untung .Anda , apa dapat ?? Habuk pun tak daaaa,....

  Itu baru cerita family. Cuba fikir sejenak . Berapa ramai rakan kita menggunakan handphone ?? Ambil kiraan kasar lah disekeliling kita 20orang. Anda top up Rm60, Setiap mereka pun top up Rm60.Anda dapat 10% komisyen daripada top up mereka...Rm120 !! belum cerita lagi kalau orang di level satu anda mula bergerak .. fuhh !!
             Biarlah gambar berbicara ....

Perkara penting anda wajib tahu !!
Pendapatan yang and usahakan dalam Tone Excel ini, boleh diwariskan . Senang cerita , masa depan anak anda terjamin bhaii . Kalau pendapatan anda Rm5000, Rm5000 tu jugak masuk dalam akaun anak anda. Tapi mustahil Rm5000 itu kekal .. pasti bertambah dari semasa ke semasa. .. mudah bukan ??
 Tukar simkad anda , Gunakan simkad Tone Excel , Nikmati keistimewaannya dan sebarkan virus duit ini kepada orang lain....

Jangan pm saya jika tak nak ubah nasib keluarga !!
whatsapp / telegram / wechat ;
010-790 8061

FB ; Mariena Mappiare

Meh aku bagi resepi sbb masakan ne sesuai utk golongan anak dara pemalas mcm aku  😂 1) Rebus spagetti tu. Takkan nak mkn keras mcm tu k...