Thursday, 16 April 2015

Bismillah .. Tulisan Seseorang itu menggambarkan dirinya by Mariena_Mapppiare

   Assalamualaikum wbt , hari ne rasa nak update mengenai sesuatu yang agak berisi dan bermanfaat . Bahasa yang lebih tepat , sedikit formal . Bagi anda yang mengikuti blog saya (ada ke yang follow?? *krik2) sebelum ini, bahasa yang saya gunakan adalah lebih santai dan banyak menggunakan bahasa pasar . Kali ne terdetik dihati setelah membaca satu blog rakan di fb (awak baca ehh sekarang ne ..??). Dia juga merupakan seorang motivator , maka tidak hairanlah tulisannya begitu indah dan memberikan inspirasi kepada pembaca.

   Allah ciptatakan manusia ne berbagai-bagai. Pelbagai bentuk pelbagai rupa . Paling indah , berbagai karekter . Begitu besar kuasaNya, tidakdapat diduga oleh kita insan yang kerdil .

  Baiklah , berbalik kepada tajuk kita yakni melalui tulisan dapat kita kita nilai seseorang itu . Anda punya fb ? Sudah tentu , jarang saya mendengar orang yang tiada fb . Mengapa tidak , lihat saja budak-budak kecil masa ini . Begitu rancak menggunakan laman sosial . Bukan setakat fb , wechat . instagram , twitter dan banyak lagi . Jenuh la pulak nak senaraikan satu - satu ( terasa sebenarnya , diri sendiri punyai banyak laman sosial )  .

  Ada segelintir rakan yang menggunakan laman sosial sebagai tempat meluahkan perasaan . Ada pulak yang jadikan status di muka buka sebagai medan berperang kata-kata malah ada juga yang menjadikannya sebagai tempat berdoa . Rasa nak tergelak pun ada . Apa yang penting , perlu diingat kawan-kawan kita ne tak semua memahami . Jangan nanti ada yang mengutuk awak dok berdoa dalam fb , awak melalak .! Itu namanya awak yang cari bala cek kiah oii . Haa , kan keluar bahasa pasar aku. OK, balik-baik.. tukar bahasa formal .

   Ada yang yang buat laman sosial ne macam DIARI . Ya Allah , setiap masa dan ketika nak update . Makan update, minum update , minum update , hailaa . Kalau la sembahyang update kan bagus . At least ,bantu remindkan orang lain menunaikan kewajipan trang tang-tang yang satu itu . Kalau la tetiba orang yang terbaca status itu  dia terasa , dia pergi menunaikan kewajipan sebagai hamba .. bukan ka anda mendapat pahala disitu ? Senang kan nak dapat pahala ..

   Apa yang penting , jadikan penulisan kita satu inspirasi . Bagi aku ,penulis yang paling aku respect adalah REHAN MAKHTAR .Kenapa ? Tulisannya bukan sahaja mengajar kita cinta terhadap sesama manusia malah cinta terhadap tuhan. Allah yang satu . Jika diberi peluang , ingin saya bertemu dengannya dan doakan saya mampu berdakwah sepertinya dalam tulisan .

   Pastinya , setiap karya kita nanti akan dihitung . Tulislah sesuatu yang bermanfaat buat diri sendiri dan orang lain .Insya-Allah , pasti ada impak positifnya . Yakinlah ,

P/S: sambil layan YE KE (TV3) .. 

Sunday, 12 April 2015

Aku Tidak Secantik Yuhanis Buat Tengku Zaril ..

Hailaaa .. sedar diri tak secantik Yuhanis untuk Tengku Zaril . Dapat PA dia pun jgak .. cool jer dia manage kerja , . Nanti kalau kita jumpa , i bagitau pasal Tone Excel yer , kita buat 'CUCUK SATE' .. kalau ada jodoh .. ahaaa .Ehh , tetiba . status gediik minta penampar sebijik .. ok bye !

Macho tak dia??hehe



#solatdhuha
#salamdhuha
#toneexcel
#tonegroup

Rieyna`s Konvo

Alhamdulillah  .. 11.04.2015 tarikh yang `agak` bermakna. Konvo dahh , tapi bukan Degree la babe . ahahaa.. . nak naik pening aku laa menunggu vip . Habis cair mak up mak !

Putih tak aku kat sini??
Yang buat aku bengang , peraturan kena pakai TUDUNG PUTIH . Bikin panas betul laa, aku ne dahh la tak berapa nak pandai sangat pakai tudung putih . Aku dok pikir nak pakai fesyen apa . Laz2, fesyen tu jer aku aku rembat . Boleh la...

Nasib baik aku nampak putih masa konvo tu . Dahh la ENCIK JERAWAT tu tak berapa nak malu datang masa penting. Setepek dekat pipi . Benci tau .. . nasib aku tak picit2 .

Over tak mak kau ??















Orang lain masa nak balik sibuk nak bergambar , aku sibuk nak cari tandas . Masa abg aku bawa makan dengan kakak ipar yang baru balik dari out-station,  aku sempat jgak la MUNTAH . Miigrain ne pun suka datang masa aku nak happy2 . Takpela . siapa suruh makan lambat . Tu namanya mengundang masalah sendiri.

Dahh ler, rasanya tu jer kowt . Hehheee , Assalamualaikum semua ...

Thursday, 9 April 2015

** No Excuse bhaii! **

Lalalalalaalla...

Assalamualaikum dan 'selamat pagi' my family in Tone Excel . Bagaimana penajaan pada hari ini? Sungguh bertuah pemilik id 800000 itu , cemburu saya . .setiap kali nombor tu hendak menginjak ke nombor yang lain .Berdebar2 saya menunggunya. .

Mesti anda tertanya , kenapa tajuk entry saya kali ini mengenai 'Excuse' .Baiklah , lihat pada gambar ini sahaja , siapa yang tidak mengenai Puan Duisy atau lebih dikenali sebagai Iron Lady Sabah .Pertama kali saya bertemu beliau , ketika pembukaan Branch Penampang iaitu Tuan Hamka Marsaling. Masih segar diingatan saya , ketika itu suasana memang sangat meriah dengan kehadiran ahli Tone Excel . Diatas office ,Kah Jahlilawati sedang rancak memberi kata-kata , sehingga kami dibawah pun terasa aura Kak Jah.

Pertama kali terpandang wajah Kak Duisy , perkara yang saya aim adalah kotnya yang tertera Iron Lady serta Tab Samsungnya yang besar(hehee) . Ahad yang lalu , di Centre Tone Excel Inanam ketika beliau memberikan testimoni,sempat saya membuat sedikit coretan untuk saya tulis didalam Diari Tone Excel saya sebagai Suppliment Hati saya dalam bisnes ini .

Beliau telah melibatkan diri dalam Tone Excel selama 2 Tahun setengah . Beliau juga merupakan seorang ibu kepada dua orang anak . Seorang 20 Tahun & seorang lagi 18 Tahun . Disamping itu , beliau juga seorang petani . .. Sangat subur tanamannya .. .(sila godek fb Puan Duisi ,banyak gambar kat sana , ehehe).Bukan juga berasal daripda keluarga yang senang , ..

Beliau tidak segan berkongsi biodata beliau dimana beliau tidak mempunyai pendidikan yang tinggi . Beliau berkata ,tahap pendidikan bukan segalanya. Yang penting adalah niat dan semangat . Internet? Mana la dia tahu cara penggunaan pada awalnya . .tetapi beliau BELAJAR .Itulah yang penting .. Tidak tahu, belajar , cari cara . Jangan menunggu disuap sahaja . Anda tidak akan maju ...

Pada awalnya , beliau juga seperti orang lain .Bila pakcik beliau memperkenalkan Tone Excel kepada dia ....Hemmmm .. . masuk telinga kanan,keluar telinga kiri . .Tone Excel?? Terima Kasih jelah . ( Saya pun macam tu dulu, hhihi) . .Mengapa?? Ketika itu beliau melakukan satu bisnes X dan beliau selesa dengan bisnes itu .

Tersebutlah Kisah ....haaa , adalah satu saat tu .
.. Bisnes X tu berada pada tahap tepu .. Beliau pun buntu. .tersentak (Part ne best) . Ada satu flyers tone excel fotostat hitam putih (orang lama mesti tau) .. . .Flyers tu dah koyak dah dekat lantai . Dia pun ambil dan baca . 'Wahh , kalau saya kasi kenal satu orang , Rm20 terus masuk akaun .Kalau saya taja 5 Orang? Rm100?? Wau ! Lagipun semua orang pakai simkad. Semua orang top up baa!' Kata beliau .
Lucu kalau anda berada ketika itu , cara beliau bercakap tegas , tapi comel .Hehee

Dari bulan 2 ke bulan 7 Pak Cik beliau memperkenalkan Tone Excel ne, akhirnya . Pada bulan 7 beliau menjadi Ahli Keluarga Tone Excel .Tetapi , beliau masih melakukan bisnes X .So, beliau membuat kedua2 bisnes pada satu masa .

°°°°Setahun kemudian°°° (macam drama pulak)
Beliau mengambil keputusan drastik dengan melepaskan bisnes X beliau dan fokus hanya kepada Tone Excel .Beliau bertahan dengan bisnes ini dengan rate ketika itu 32 sen .Bagi preview di bawah kolong .. Kebun pokok getah .
Semua dia terjah .. Do you see that guys? Yes . that is what we call as a 'SEMANGAT'. Never say never .!

Beliau melakukan satu tahun tanpa henti . SABAR . Beliau sentiasa berSABAR . Tidak peduli segala rintangan . . beliau lalui penuh kecekalan.

Kata beliau lagi , bisnes ne ada dua yang penting.Ajar ahli baru :
1. Cara pendaftaran
2 .Internet

Itu sahaja, . .lepas tu guide mereka .Jangan terlalu 'MANJAKAN' , nanti susah .

Jadi, apa lagi alasan kita?
Fikir-fikirkan .

P/s: Kak duisy jangan marah ehh saya tulis ne .hehheehee

Terima kasih,
Mariena Mappiare


Let me introduce you .. Madam Duisy !!

** “When they say no, we say next”**


Hallo hallo ....

Saya senaraikan mereka yang tak sesuai untuk jadi pengguna Tone Excel, antaranya
1. Mereka yang tak minat nak buat bisnes dan tak minat nak tambah pendapatan
2. Mereka yang tinggal di kawasan yang tak ada liputan(boleh jer kalau nak ,BERUSAHA)
3. Mereka yang tak mampu nak keluarkan modal RM90 dan mereka tak berusaha pun untuk kumpul duit
4. Orang yang nak cepat kaya
5. Orang yang dah selesa dan dah puas hati dengan cara hidup mereka
6. Orang yang memang tak nak guna sim kad Tone Excel ..

From : blog Sabree Hussin
(Aku suka godek blog dia ne , duluuuuu . .)

Okay ,itu sahaja .
Bak kata Cik perasan :

~Kurangkan Rungutan,tingkatkan Pendapatan.~ daaa ! (Jangan tiru ayat sastera aku ne !!)

P/s ; abaikan muka aku yang kena edit . ..nak upload gambar tak edit , .. Nnt tak selera orang nak baca .. .. Hahahaahahahahaha. .. *gelak malu2

#toneexcel
#prepaidthatpays
#tonegroup
#financial
#freedom

 
Aku memang suka upload gambar buruk ,so what??
 

Injut Boboi !

Yala , dulu aku ajak kau join Tone Excel , kaw kata tak grand gitu , nak cari orang.. Lambat nak kaya . . Rate mahal . .WELL, .Aku tak suruh kaw jadi POLIS cari orang . Aku tak kata Tone Excel ne CEPAT KAYA., aku juga tak pernah cakap rate dia MURAH . So? ? Bila aku tunjuk sistem duplikasi , kau kata aku tipu boleh untung BANYAK !
Grrrr*krik2 . ..

Kata gaji kau lagi mahal . , tapi nak keluar modal Rm90 pun takut ?? Thats funny la kak kiah oii . .Sembilan puluh hinggit takde dekat PURSES TAK BERAPA NAK ORI GRED AA jenama tutt awak tu .??? (Aku jual purses, aku tau la) . Hemm , no komen . SEDIHH KITA TAU !! Injutt boboii . . 


Fahamkan gambar ini ...
 







Meh aku bagi resepi sbb masakan ne sesuai utk golongan anak dara pemalas mcm aku  😂 1) Rebus spagetti tu. Takkan nak mkn keras mcm tu k...